Thursday, June 25, 2015

KISAH ADAB DAN PERADABAN 1

Selamat berpuasa semua,

Agak lama aku x update blog yang dah bersawang ni...huhu...Rasanya ni kali ke2 aku nak crita pasal adab dan peradaban walaupun aku ni xla sesopan perempuan melayu terakhir tapi apa yang aku nk tulis ni adalah sebagai nasihat dan panduan pada diri sendiri jugak. Sementelah kita dalam bulan puasa ni , adalah manis jika dapat berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan berkaitan adab. Kalo orang tua dulu-dulu selalu menegur pasal adab contohnya makan xboleh dengan pinggan berlapis, dan sebagainya. Bila org muda dengar seolahnya tidak logik dan mempersoalkan kenapa dan kenapa. Tapi kalau di lihat dari sudut positif, ia bersebab..adalah tidak sopan kita makan dengan pinggan berlapis sbb nant akan mengotorkan pinggan yang di bawah. Bukankah akan menyusahkan tugas si pembasuh pinggan. 


  Hmm...adab bila bersama keluarga pun ramai yang masih ambil lewa..Tambahan pula nak dekat raya ni...Musim perayaan dah nak dekat..mesti kita x sabar nak sambut raya bersama keluarga tersayang waima keluarga sendiri atau mertua. Semua mengharapkan agar sambutan akan menjadi lancar dan gembira. Contohnya jika kita pergi sembahyang raya, adalah penting dalam adab untuk bersembahyang raya bersama keluarga. Mungkin pada setengah orang, budaya itu hanyalah adat yang di cipta oleh org dulu-dulu. Tapi kenapa tidak di ambil secara islamik di mana Islam sangat menekankan kita untuk menjaga silaturrahim sesama Islam. Kenapa tidak kita menjaga hati org tua yang sangat mengidamkan waktu bersama keluarga di pagi raya yang indah dan berusaha untuk mewujudkan suasana gembira dan harmoni dalam keluarga..Ironinya pada zaman sekarang ini...masyarakat sudah terlalu moden sampai x tau di mana asal usul akar umbi melayu itu sendiri. Kenapa perlu meletakkan ego di tangga teratas hanya kerana kita tidak bersetuju dengan budaya adab peradaban itu..Mengapa bukan kita yang menjadi penggerak atau pemangkin kepada sesebuah adab peradaban keluarga kita sendiri... Aku semakin jelak dengan manusia yang ego dan sombong...Tak pernah sedar akan kelemahan diri ..hanya nampak kesalahan dan kelemahan org lain. Kenapa bila org ego kita perlu balas dengan ego..Kenapa bukan kita yang pelembut kepada ego..Sedangkan ego adalah amalan syaitan yang x seharusnya wujud dalam hati manusia...agak emosi di situ kerana pengalaman aku sendiri..Tapi tersedar dan cuba bangun untuk menghubungkan hati yang rapuh dengan hasutan. Hari raya lah masa untuk kita habiskan bersama keluarga.. Bermaaf-maafan , makan bersama, berbual sambil bermesra..Kita sendiri perlu menjadi contoh yang baik dan penting untuk menerapkan nilai murni dan wujudkan suasana hari raya yang gembira untuk anak-anak. Kalau setakat menghabiskan waktu seperti hari biasa...tiada makna hari itu..tampak seperti layu dan longlai suasana hari yang sepatutnya bermakna itu. 


Adab bersama orang tua juga seringkali di pandang enteng...Yang muda tidak lagi mahu beramah mesra dgn yang tua.. alasannya,  x tahu nak borak apa...atau tiada apa untuk di borakkan..sedangkan ilmu pengetahuan itu luas dan terlalu byk untuk di kongsikan..Alasan demi alasan untuk meReka ruang masa sendiri..Tiada daya untuk berusaha membiasakan diri dengan golongan itu..Ramahkan mulut, ringankan lidah, maniskan muka dengan senyuman, hatta kita dalam kepenatan sekalipun..jgn biar org lain berkecil hati dengan reaksi kita yang kononnya tidak di sengajakan..itu adab sesama manusia yang perlu di jaga..Alasannya, mengapa mesti terlalu menjaga hati org..kenapa perlu cari alasan demi alasan, sedangkan Allah menyuruh kita berbuat baik sesama manusia waima org itu jahat dgn kita sekalipun...Allah itu Maha Mengetahui..dakwah dan rahmat itu luas..mengapa mesti kita sempitkan ia hanya sebab pemikiran kita yang sempit lagi negatif tu..Adab ketika berjumpa saudara mara juga seringkali di ambil ringan...Alasannya, banyak kerja, perlu masa rehat, terlalu penat dengan urusan seharian...alasan dan alasan lagi..bukannya kita memperuntukkan seluruh masa kehidupan untuk berjumpa saudara mara...apalah salahnya, meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk merapatkan silaturrahim, untuk saling lebih mengenali...Aku di terapkan dengan nilai kekeluargaan yang tinggi sejak kecil. Sering di bawa dan di perkenalkan dengan sedara mara untuk lebih mengenali sahsiah dan asal usul keturunan...dan aku lebih menghargai masa-masa itu, dari masa yang hanya terbuang dengan perkara-perkara lagha...Begitu juga adab bersama ibu atau bapa mertua..di kala ramai kawan-kawan ku yang meletakkan ego melebihi kasih sayang kepada ibu bapa mertua mereka..Berat mulut untuk ajak balik, sebab terlalu sygkan masa yang kononnya terlalu berharga.., berat mulut untuk menelefon tanya khabar adakah sihat atau tidak, berat tangan untuk masakkan sesuatu bagi menggembirakan hati mereka...Itu semua permainan orang yang tidak menekankan adab..Aku terkadang marah dengan mereka-mereka ini yang terlalu menerapkan perkataan ibu bapa mertua x sama dengan ibu bapa sendiri...Sedangkan Allah menyuruh kita menyayangi kedua seimbang dan seadanya..Selangkah kita ke alam perkahwinan, rumah tangga itu terangkumlah kasih sayang 2 keluarga keseluruhannya...Ok...agak panjang aku membebel di sini...terlalu banyak yang terbuku melalui pengamatan aku sendiri...Terlalu banyak isu adab yang ingin aku kongsikan...nantilah..bila tiba masanya aku tulis lagi...


Thursday, August 29, 2013

JADUAL HARIAN ISTERI VS JADUAL SI SUAMI

ok ...artikel ni aku dapat masa baca magazine INTREND keluaran Februari 2011...haha...2 years back time k....but i think it was good to make me realize and open my mind on something.....:)..ps...artikel ini di tulis secara menyeluruh dan tak di tujukan kepada sesiapa pun...

Sebaik bergelar isteri dan ibu, tanggungjawab wanita bertambah berlipat kali ganda. Mana nak urus rumahtangga, suami, anak-anak, di tambah dengan urusan kerjaya...hmmm...mmg kene kuat semangat...

PAGI

Wanita akan bangun awal sekitar jam lima atau paling lewat 6 pagi kerana banyak kerja rumah yang perlu di selesaikan, misalnya mengemas rumah, membasuh baju, menyidai baju, menyediakan breakfast (weekend je sempat)..hehe..., menyiapkan anak dan menghantarnya ke babysitter (cian Elham pepagi da kene kuar sama ngan ibu) sebelum ke tempat kerja..utk ke ofis pulak mengambil masa dalam sejam termasuk jem...huhu...pagi2 lg da stress... bagi si suami pula plg awal akan tersedar pukul 6.45 pg..tu pun sebab nak solat subuh..kalo x terlajak smpi pukul 8.30 pagi baru nak mandi n bersiap ke ofis..

WAKTU KERJA
(8 PAGI - 5 PETANG)

Wanita terpaksa bertungkus lumus menyiapkan segala tugasan yang sedia menunggu di pejabat. kalau x siap segera , kerja akan menimbun dan ini akan lebih menyusahkan diri sendiri kalau bertangguh. Dahla kerja di rumah menunggu, pening kepala jugak kalo bertangguh, silap hari bulan boleh stress.

Seperti wanita, lelaki juga bekerja keras dalam meningkatkan mutu kerja mereka, Tapi yang syoknya, dorang x stress kerana x perlu fikir apa yang perlu di buat sebaik pulang dari pejabat..tetapi suamiku sangat baik kemas luar rumah lepas balik dari keje...

PETANG

Habis waktu kerja, wanita akan pecut balik rumah sebab nak jemput anak kat babysitter. Sebaik sampai di rumah dan adakalanya tak sempat tukar baju kerja, si isteri da siap bahan untuk masak. Tergesa-gesa masuk dapur bersilat menghidangkan dinner untuk suami.

Golongan suami pula berseronok mengisi masa lepas balik kerja dengan main game atau berehat2 sambil main tenet or tgk tv....lepas tu dinner dan makan kenyang2...

MALAM
lepas dinner, si isteri perlu kemas meja n dapur. Alhamdulillah, suami rajin membantu walau kekadang kerja bertangguh dan kekadang ak bgn pg tgk pggn ade lg dlm sink...tp xpe..at least die nk jugak tlg serba sikit..think +ve..lepas dinner, rehat smbil tgk tv...tu pun smbil lipat baju sambil2 jaga anak.pukul 9-10 malam kalut nak tidurkan anak sebelum prepare barang2 untuk hantar anak dan iron baju kerja keesokkan harinya. bahagia suami kerana lepas dinner boleh lepak beristirehat.

sebab tu suami isteri kekadang bergaduh n isteri tend to protes or melawan or marah2 or bebel, sebab badan penat, stress n emo..semua isteri sangat memerlukan support para suami dan harap2 sgt suami memahami..Alhamdulillah..suami saya sgt memahami kalo saya x sempat masak. walaupun ade suami cakap x perlu buat kalo x larat tp secara realitinya, xkn nk tgk rumah bersepah, xkan nk biar suami makan nasi bungkus hari2, xkan nk biar baju x berbasuh smpi seminggu, xkan nk biar pinggan dalam sink smpi naik bau, xkan nk pegi kerja dengan baju x bergosok, xkan nk biar mandi dalam bilik air yang kotor, xkan nk pijak lantai rumah yang melekit dan berdebu...selagi x setel kerja rumah mesti hati n kepala x tenang dok pk n tgk keadaan yang terurus tu...banyak lagi la kalo nk senarai kerja rumah...so semua para wanita harus kuatkan semangat dan jati diri...buatlah kerana Allah demi keredhaanNya Insyallah rumahtangga akan aman, bahagia dan sejahtera. semoga perngorbanan kita di hargai dan mendapat result yang memuaskan....Insyallah..

Kepada suamiku, Engku Ezudin ..terima kasih kerana banyak membantu ...love u soo mucchhhhhhh!!!!!...:)

Thursday, August 1, 2013

SIMPTOM LOW BLOOD PRESSURE

 

Low blood pressure factS

  Low blood pressure, also called hypotension, is blood pressure that is low enough that the flow of blood to the organs of the body is inadequate and symptoms and/or signs of low blood flow develop.



SIMPTOMS
  • Low pressure alone, without symptoms or signs, usually is not unhealthy.
  • For some people, low blood pressure can signal an underlying problem, especially when it drops suddenly or is accompanied by signs and symptoms such as:
  • Dizziness or lightheadedness
  • Fainting (syncope)
  • Lack of concentration
  • Blurred vision
  • Nausea
  • Cold, clammy, pale skin
  • Rapid, shallow breathing
  • Fatigue
  • Depression
  • Thirst
 EFFECTS
  • Low blood pressure that causes an inadequate flow of blood to the body's organs can cause strokes, heart attacks, and kidney failure. It's most severe form is shock.
  • Common causes of low blood pressure include a reduced volume of blood, heart disease, and medications.
  • The cause of low blood pressure can be determined with blood tests, radiologic studies, and cardiac testing to look for arrhythmias.
  • Treatment of low blood pressure is determined by the cause of the low pressure.

Wednesday, July 31, 2013

KISAH HATI

aku, 

tiada niat itu, 
tiada niat begitu, 
tiada niat sebegitu,

aku lemah,

bila kekuatan itu pergi,
bila aku xterluah,
bila aku sedih.

aku memberontak,

bila hati sakit,
bila hati dah lama pendam,
bila hati dah bernanah.

hati aku,

mahu dibersihkan,
mahu disucikan,
mahu di terapikan.

aku jadi begitu,

kerana aku lemah,
kerana aku selalu sangsi,
kerana aku tidak bertemu bukti.

aku yang bersalah,

bila tidak dilengkapi,
bila tidak di jelasi,
bila tidak di perbetuli.

Ya Allah bantulah aku......Amin

Thursday, June 27, 2013

ADAB DAN BUDAYA

ha.....tgk tajuk je mest rase macam boring je kan...tp isu yg nk di kongsikan kat sini adalah.......dot dot dot...hehe....xla...tetibe terpk n slalu jugak bermain kat pikiran ak ni...bile kite cakap pasal adab...as orang islam n melayu rase adab dan adat kita selalunya tinggi...bilamana lalu depan orang tua, jalan tu tunduk sket..bile salam org tua tunduk n cium tangan..time nk makan kalo boleh tggu org tua stat dulu...atau adabnye mempelawa bile nk makan...x kesahla org tu da makan ke belum kan...bile nk kuar rumah salam n bg salam..bile time tetamu dtg..adabnya sambut, salam dan layan tetamu...ramahkan diri, lembutkan lidah, ikhlaskan hati..br kite rase selesa dan seronok...adab dan budaya kite orang melayu ni sgt penting..sbb ia jd lambang bagaimana didikan parents, baek dari segi tingkah laku, percakapan, dan waima lirikan mata sekalipun...adabnya bile nk kuar umah, bgtau org yg ade dlm umah, so xde la tetibe je hilang...wat org risau je kot...adabnya bile orang pelawa ke kenduri kendara, silala pegi, boleh merapatkan silaturrahim...adabnya bile g jamuan , ringan2kanla  tulang utk tolong ape2 yg ptt...adabnya seorang isteri mencium tgn suami seblm kuar ke mana2...adabnya seorang suami mencium dahi isteri sebagai tanda cinta...cewah....adabnya seorang anak or menantu or anak sedara cium tgn org tua n pandai amik hati dorang....bahagiakan orang tua kita selagi dorang masih ada...nant kang menyesal...adabnya sebagai anak utk menjenguk orang tuanya, membawa cucu berjumpa datuk n neneknya...brla hbgn yg ada tu bertambah erat....adabnya bile berjumpa org sesama islam bagi salam dan bersalam..adabnya bile masuk masjid jgn bercakap...hormat keadaan sekliling, hormat org2 yg ade di persekitaran kita...adabnya bile hidup berjiran jgn buat bising...saling tegur menegur..jgn wat hal sendiri je...bile nk blk kg bru terhegeh mintak tolong tgkkan rumah...sekali sekala borak2 la ngan jiran sebelah menyebelah...adabnya kite d ofis hormat waktu keje...submit kene ontime..jgn dok mengular je keje...huhuu....bile jumpe bos ckp dengan sopan dan hormat die sebagai bos....adabnya bile berkeluarga bawak anak2 n famili balik kg jenguk sedara mara...jgn dok sibuk ngan hidup sendiri je..nant kang anak2 pn x kenal sedara mara...time raya berkumpul sesama keluarga..brla meriah hidup..br seronok...fuhhh...nk ckp pasal adab ni mmg 1001 mlm x abes...kalo nk study lbey..silela rujuk prof syed  naquib al attas...he's a real thinker of peradapan....silala amek pengajaran mane yg ptt ye..huhu...xsalah kita muhasabah diri n memperbetolkan mana yg x betul...buang ego..tu sume hasutan setan...bersihkan hati..brla hidup HEPI...!!!!!!.....adios...

Wednesday, June 19, 2013

1001 MACAM ALASAN

Assalam u ollss...

Lame nye x menulis kat blog...huhu...a little bit bz recently..(ha...alasan jugak tu..hahaha).ok ari ni tetibe trase nk tulis pasal 'ALASAN'...manusia boleh mencipta 1001 alasan untuk elak dari berbuat sesuatu...x cube lg tp mcm2 da pk..negatif lak tu...bayangkan brape byk mase kite terbuang hanya sbb dok sebuk cari alasan...contohnye...zaman sekarang manusia bekejar2 nk berjaya, nak maju, nak kaya dsb tp ade setengah orang dok kat takuk lama sbb mcm2 alasan..penatla, xde masela, nk rehatla...mcm2la..tp x terfikirke..masa kita yang dah terbuang tu orang laen da berjaya kejar  kita ke garisan..sbb tu orang kate melayu ni malas...sbb x pndai menghargai setiap saat yang Allah da bagi...setiap saat tu dok sibuk cr alasan...saba je la...kalo nk kate penat...aku rase org laen yang success tu sume berkorban masa dan tenaga kot utk success....mcm2 bende nk pk n buat...tp mengenangkan masa yang Allah da bagi pada kite setiap manusia ni pendek maka hargaila masa tu supaya kite x terbuang masa mcm tu je...nant bile kite tgk org laen da success brla mcm nyesal tp tu pun x amek action pape pun...dok kate die bertuah la apela...tp kite lupe..tu sume atas usaha dorang yang x pandai nk beralasan....bak kate orang tua2..NAK SERIBU DAYA, XNK SERIBU  DALIH...tp orang zaman sekarang ni bukan 1000 je tp da berbillion billion kot....as career mother...aku slalu terfikir mcmane nk jd success but still be a good mother dan berjaya membimbing anak2 berjaya dunia akhirat...aku xnk mencari alasan ..aku nk usaha..aku nk anak2 hidup selesa, dpt pendidikan dunia akhirat yang cemerlang, dpt jd anak soleh solehah yang dpt membantu umat islam dan berfungsi sebagai khalifah yang betul...harap2 aku di lindungi dari mencipta alasan lagi........