Selamat berpuasa semua,
Agak lama aku x update blog yang dah bersawang ni...huhu...Rasanya ni kali ke2 aku nak crita pasal adab dan peradaban walaupun aku ni xla sesopan perempuan melayu terakhir tapi apa yang aku nk tulis ni adalah sebagai nasihat dan panduan pada diri sendiri jugak. Sementelah kita dalam bulan puasa ni , adalah manis jika dapat berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan berkaitan adab. Kalo orang tua dulu-dulu selalu menegur pasal adab contohnya makan xboleh dengan pinggan berlapis, dan sebagainya. Bila org muda dengar seolahnya tidak logik dan mempersoalkan kenapa dan kenapa. Tapi kalau di lihat dari sudut positif, ia bersebab..adalah tidak sopan kita makan dengan pinggan berlapis sbb nant akan mengotorkan pinggan yang di bawah. Bukankah akan menyusahkan tugas si pembasuh pinggan.
Hmm...adab bila bersama keluarga pun ramai yang masih ambil lewa..Tambahan pula nak dekat raya ni...Musim perayaan dah nak dekat..mesti kita x sabar nak sambut raya bersama keluarga tersayang waima keluarga sendiri atau mertua. Semua mengharapkan agar sambutan akan menjadi lancar dan gembira. Contohnya jika kita pergi sembahyang raya, adalah penting dalam adab untuk bersembahyang raya bersama keluarga. Mungkin pada setengah orang, budaya itu hanyalah adat yang di cipta oleh org dulu-dulu. Tapi kenapa tidak di ambil secara islamik di mana Islam sangat menekankan kita untuk menjaga silaturrahim sesama Islam. Kenapa tidak kita menjaga hati org tua yang sangat mengidamkan waktu bersama keluarga di pagi raya yang indah dan berusaha untuk mewujudkan suasana gembira dan harmoni dalam keluarga..Ironinya pada zaman sekarang ini...masyarakat sudah terlalu moden sampai x tau di mana asal usul akar umbi melayu itu sendiri. Kenapa perlu meletakkan ego di tangga teratas hanya kerana kita tidak bersetuju dengan budaya adab peradaban itu..Mengapa bukan kita yang menjadi penggerak atau pemangkin kepada sesebuah adab peradaban keluarga kita sendiri... Aku semakin jelak dengan manusia yang ego dan sombong...Tak pernah sedar akan kelemahan diri ..hanya nampak kesalahan dan kelemahan org lain. Kenapa bila org ego kita perlu balas dengan ego..Kenapa bukan kita yang pelembut kepada ego..Sedangkan ego adalah amalan syaitan yang x seharusnya wujud dalam hati manusia...agak emosi di situ kerana pengalaman aku sendiri..Tapi tersedar dan cuba bangun untuk menghubungkan hati yang rapuh dengan hasutan. Hari raya lah masa untuk kita habiskan bersama keluarga.. Bermaaf-maafan , makan bersama, berbual sambil bermesra..Kita sendiri perlu menjadi contoh yang baik dan penting untuk menerapkan nilai murni dan wujudkan suasana hari raya yang gembira untuk anak-anak. Kalau setakat menghabiskan waktu seperti hari biasa...tiada makna hari itu..tampak seperti layu dan longlai suasana hari yang sepatutnya bermakna itu.
Adab bersama orang tua juga seringkali di pandang enteng...Yang muda tidak lagi mahu beramah mesra dgn yang tua.. alasannya, x tahu nak borak apa...atau tiada apa untuk di borakkan..sedangkan ilmu pengetahuan itu luas dan terlalu byk untuk di kongsikan..Alasan demi alasan untuk meReka ruang masa sendiri..Tiada daya untuk berusaha membiasakan diri dengan golongan itu..Ramahkan mulut, ringankan lidah, maniskan muka dengan senyuman, hatta kita dalam kepenatan sekalipun..jgn biar org lain berkecil hati dengan reaksi kita yang kononnya tidak di sengajakan..itu adab sesama manusia yang perlu di jaga..Alasannya, mengapa mesti terlalu menjaga hati org..kenapa perlu cari alasan demi alasan, sedangkan Allah menyuruh kita berbuat baik sesama manusia waima org itu jahat dgn kita sekalipun...Allah itu Maha Mengetahui..dakwah dan rahmat itu luas..mengapa mesti kita sempitkan ia hanya sebab pemikiran kita yang sempit lagi negatif tu..Adab ketika berjumpa saudara mara juga seringkali di ambil ringan...Alasannya, banyak kerja, perlu masa rehat, terlalu penat dengan urusan seharian...alasan dan alasan lagi..bukannya kita memperuntukkan seluruh masa kehidupan untuk berjumpa saudara mara...apalah salahnya, meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk merapatkan silaturrahim, untuk saling lebih mengenali...Aku di terapkan dengan nilai kekeluargaan yang tinggi sejak kecil. Sering di bawa dan di perkenalkan dengan sedara mara untuk lebih mengenali sahsiah dan asal usul keturunan...dan aku lebih menghargai masa-masa itu, dari masa yang hanya terbuang dengan perkara-perkara lagha...Begitu juga adab bersama ibu atau bapa mertua..di kala ramai kawan-kawan ku yang meletakkan ego melebihi kasih sayang kepada ibu bapa mertua mereka..Berat mulut untuk ajak balik, sebab terlalu sygkan masa yang kononnya terlalu berharga.., berat mulut untuk menelefon tanya khabar adakah sihat atau tidak, berat tangan untuk masakkan sesuatu bagi menggembirakan hati mereka...Itu semua permainan orang yang tidak menekankan adab..Aku terkadang marah dengan mereka-mereka ini yang terlalu menerapkan perkataan ibu bapa mertua x sama dengan ibu bapa sendiri...Sedangkan Allah menyuruh kita menyayangi kedua seimbang dan seadanya..Selangkah kita ke alam perkahwinan, rumah tangga itu terangkumlah kasih sayang 2 keluarga keseluruhannya...Ok...agak panjang aku membebel di sini...terlalu banyak yang terbuku melalui pengamatan aku sendiri...Terlalu banyak isu adab yang ingin aku kongsikan...nantilah..bila tiba masanya aku tulis lagi...