tawaku,
melihat kau tersenyum,
melihat kau kenyang,
melihat kau gembira,
tawaku,
di saat bahagia menjelma,
di saat kita bermesra,
di saat segalanya sempurna,
tawaku,
ketika kau melengkapi,
ketika kau mendampingi,
ketika kau menghargai,
tangisku,
apabila diri disinis,
apabila diri diragui,
apabila diri di ungkiti.
tangisku,
dikala niat disalah erti,
dikala aku di uji,
dikala diri cuba memujuki,
pemikiranku,
membentuk silaturrahim yang tiada bertepi
aku ternanti saat kau mengajakku, membawaku dan menjejaki
aku ternanti saat bertemu keluargamu,
salahkahku jika permintaanku melebihi dari pelawaanmu,
kerana bagiku,
Elham berhak untuk mengenali setiap inci hidupku dan hidupmu,
kerana bagiku,
cahayaku perlu melalui persekitaran yang mesra dan sempurna baginya
kerana bagiku
tiada istilah berat sebelah,
tiada terlintas mengimbangi kiri lebih dari kanan,
hanya mengisi ruang kekosongan tiada berajakkan,
dengan perancangan yang aku mampu lakukan...
harapanku,
jangan niatku disalah erti,
tiada memberi hutang,
tiada hutang yang perlu di ganti,
aku hanya cuba mengisi,
kekosongan yang perlu di lengkapi.......
No comments:
Post a Comment